Tuesday, December 15, 2009

Finger Oat French toast


Wah. Glamer gitu nama bekal Iman hari ni. Sebenarnya, French toast biasa je cuma di'adjust' dan di'modify' jadi sedap sket. Roti biasa ditukar dengan roti wholemeal. Kes nak kejar expired date roti tuh. Sedapkah? Anything do with French toast, InsyaAllah sedap. Hehe. Dan sekeping roti celup telur bersama oat dihidang bersama segelas susu HL marigold untuk sarapan suami sebelum keluar rumah pagi tadi.

Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.

Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.
Source: Utusan Malaysia, ARKIB : 17/09/2006

bahan-bahan
2 keping roti wholemeal
1 biji telur
Sedikit oat
butter

how-to
  • Potong roti kepada separuh. Separuh potongan roti yang dipotong tu, dipotong2 dalam bentuk jejari.
  • Pecahkan telur dan kacau sebati.
  • Masukkan oat.
  • Celupkan roti.
  • Panaskan kuali dan masukkan butter untuk menggoreng.
  • Mulakan menggoreng roti itu. Balik-balikkan supaya masak di kedua-dua belah bahagian roti.
  • Siap dan boleh dimakan.
Untuk bekal Iman, I made 1 pc of roti, dapat dalam 12 keping finger version.

No comments: