Monday, December 21, 2009

puding roti

I made this last week on Thursday. Dapat 6 biji. Ini versi Iman. Tak letak gula sebab manis kismis tu dah sedap.

Resepi ada kat sini.

Sunday, December 20, 2009

egg tofu soup


Minggu lepas, Husband ada meluahkan hasrat mahu makan sup tauhu. Pening gak nak buat sebab:
  1. Tauhu ada beberapa jenis. Yang 4 segi, yang warna kuning, yang bentuk silinder.
  2. Saya tak makan tauhu hehehehe
Setelah bertanyakan kakak office, akhirnya saya berjaya menemui resepi kat myresepi. Terima kasih ummiktn sebab share resepi yang sedap ni.

Iman pon tumpang sekaki gak ni. Buat bekal untuk Iman esok harinya :p

bahan-bahan:
1 bungkus tauhu telur/egg tofu (ada yg panggil tauhu jepun, rasanya la)
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada sulah yg sudah tumbuk
1 sudu teh tepung jagung (bancuh dengan air)
air secukupnya
sayur kobis, carrot, brocoli
1 biji telur

Cara-cara:
  • Potong tauhu kepada beberapa potong ikut saiz yang disukai.
  • Goreng tauhu hingga kekuningan dan ketepikan.
  • Dalam periuk asing, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan air.
  • Masukkan sos tiram bersama lada sulah dan kacau sebati. Setelah menggelegak, masukkan tepung jagung dan telur. Kacau sebati lagi.
  • Masukkan sayur kecuali brocoli. Kacau sebentar.
  • Masukkan tauhu. Kacau lagi. Kemudian baru masukkan brocoli.
  • Perasakan dengan garam.
Nota kaki: kenapa brocoli masuk last sekali? sebab nak bagi dia rasa rangup sket :p

Thursday, December 17, 2009

Buttered fried rice

Malam tadi, 2 kali saya masak nasi. 1st round masak 1 pot sahaja tapi tersalah sukat air. So, masak lagi 1 round dan kali ni masak 1 pot setengah. Baru masak dengan cantik. Masak sup sayur (carrot, brokoli, bunga kobis) dan makan bersama hati masak pedas. Husband makan tambah. Dan, masa makan, he request me to masak sup tauhu.

Oleh kerana ada masak 1 pot extra, saya bercadang untuk buat nasi goreng mentega. Gambar tak ada sebab dah bagi bekal kat Husband dan jugak Iman. And me too. Tak sempat nak capture gambar dah habis dah nasi :p

Bahan-bahan
Nasi
2 ulas bawang merah (tumbuk)
Carrot secukupnya
1 biji telur
Sedikit garam
Butter secukupnya

how-to
  • Masukkan mentega ke dalam kuali dan panaskan.
  • Tumis bawang merah sehingga wangi.
  • Masukkan nasi dan kacau rata.
  • Masuk pulak carrot. Kacau lagi.
  • Masukkan telur dan dan kacau. Masak dan gaul sehingga rata.
  • Akhir sekali, masukkan sedikit garam.
Note: Garam suka hati lah nak masuk bila. Ada orang suka masukkan sebelum masuk nasi. Up to individual's preference. Tapi saya masukkan akhir sekali sebab saya nak asingkan nasi untuk Iman. No salt for Iman.

Tuesday, December 15, 2009

Finger Oat French toast


Wah. Glamer gitu nama bekal Iman hari ni. Sebenarnya, French toast biasa je cuma di'adjust' dan di'modify' jadi sedap sket. Roti biasa ditukar dengan roti wholemeal. Kes nak kejar expired date roti tuh. Sedapkah? Anything do with French toast, InsyaAllah sedap. Hehe. Dan sekeping roti celup telur bersama oat dihidang bersama segelas susu HL marigold untuk sarapan suami sebelum keluar rumah pagi tadi.

Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.

Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.
Source: Utusan Malaysia, ARKIB : 17/09/2006

bahan-bahan
2 keping roti wholemeal
1 biji telur
Sedikit oat
butter

how-to
  • Potong roti kepada separuh. Separuh potongan roti yang dipotong tu, dipotong2 dalam bentuk jejari.
  • Pecahkan telur dan kacau sebati.
  • Masukkan oat.
  • Celupkan roti.
  • Panaskan kuali dan masukkan butter untuk menggoreng.
  • Mulakan menggoreng roti itu. Balik-balikkan supaya masak di kedua-dua belah bahagian roti.
  • Siap dan boleh dimakan.
Untuk bekal Iman, I made 1 pc of roti, dapat dalam 12 keping finger version.

Tuesday, December 8, 2009

Mini French toast

Roti celup telur atau nama glamernya French toast. Senang je nak buat. Ini menu bila dah lambat nak buatkan bekal untuk Iman.

Serving size: 1 slice

Nutritional analysis (per serving):
162 calories
6 g protein
9 g fat
13 g carbohydrate
0 g fiber
107 mg cholesterol
218 mg sodium
80 mg calcium
1.1 mg iron


bahan-bahan
2-3 keping roti
1 biji telur (size besar)
susu segar secukupnya
garam (i skipped this when i made one for Iman)
cinnamon powder (optional. sedap jugak kalau letak ni)
Butter untuk menggoreng

how-to
  • Potong sekeping roti kepada 4. Kita boleh dapat 8-12 keping roti yang bersaiz 4 segi
  • Di dalam bekas asing, pecahkan telur dan pukul.
  • Masukkan susu secukupnya. Terpulang banyak mana nak.
  • Masukkan garam dan cinnamon powder (optional)
  • Panaskan non stick frying pan dengan butter.
  • Celup roti ke dalam adunan telur tadi. Make sure all covered well.
  • Masak roti sehingga menjadi light brown. Balikkan roti untuk masak di bahagian lagi satu.
  • Angkat dan hidangkan.
Bila buat untuk Iman, sekali buat 2 keping roti. Dapat la 8 keping.