Sunday, December 20, 2009

egg tofu soup


Minggu lepas, Husband ada meluahkan hasrat mahu makan sup tauhu. Pening gak nak buat sebab:
  1. Tauhu ada beberapa jenis. Yang 4 segi, yang warna kuning, yang bentuk silinder.
  2. Saya tak makan tauhu hehehehe
Setelah bertanyakan kakak office, akhirnya saya berjaya menemui resepi kat myresepi. Terima kasih ummiktn sebab share resepi yang sedap ni.

Iman pon tumpang sekaki gak ni. Buat bekal untuk Iman esok harinya :p

bahan-bahan:
1 bungkus tauhu telur/egg tofu (ada yg panggil tauhu jepun, rasanya la)
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada sulah yg sudah tumbuk
1 sudu teh tepung jagung (bancuh dengan air)
air secukupnya
sayur kobis, carrot, brocoli
1 biji telur

Cara-cara:
  • Potong tauhu kepada beberapa potong ikut saiz yang disukai.
  • Goreng tauhu hingga kekuningan dan ketepikan.
  • Dalam periuk asing, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan air.
  • Masukkan sos tiram bersama lada sulah dan kacau sebati. Setelah menggelegak, masukkan tepung jagung dan telur. Kacau sebati lagi.
  • Masukkan sayur kecuali brocoli. Kacau sebentar.
  • Masukkan tauhu. Kacau lagi. Kemudian baru masukkan brocoli.
  • Perasakan dengan garam.
Nota kaki: kenapa brocoli masuk last sekali? sebab nak bagi dia rasa rangup sket :p

No comments: