Thursday, December 17, 2009

Buttered fried rice

Malam tadi, 2 kali saya masak nasi. 1st round masak 1 pot sahaja tapi tersalah sukat air. So, masak lagi 1 round dan kali ni masak 1 pot setengah. Baru masak dengan cantik. Masak sup sayur (carrot, brokoli, bunga kobis) dan makan bersama hati masak pedas. Husband makan tambah. Dan, masa makan, he request me to masak sup tauhu.

Oleh kerana ada masak 1 pot extra, saya bercadang untuk buat nasi goreng mentega. Gambar tak ada sebab dah bagi bekal kat Husband dan jugak Iman. And me too. Tak sempat nak capture gambar dah habis dah nasi :p

Bahan-bahan
Nasi
2 ulas bawang merah (tumbuk)
Carrot secukupnya
1 biji telur
Sedikit garam
Butter secukupnya

how-to
  • Masukkan mentega ke dalam kuali dan panaskan.
  • Tumis bawang merah sehingga wangi.
  • Masukkan nasi dan kacau rata.
  • Masuk pulak carrot. Kacau lagi.
  • Masukkan telur dan dan kacau. Masak dan gaul sehingga rata.
  • Akhir sekali, masukkan sedikit garam.
Note: Garam suka hati lah nak masuk bila. Ada orang suka masukkan sebelum masuk nasi. Up to individual's preference. Tapi saya masukkan akhir sekali sebab saya nak asingkan nasi untuk Iman. No salt for Iman.

No comments: