Saturday, September 12, 2009

Cupcake Iman



Iman belum boleh makan kek sebab Iman kecik lagi. Walaubagaimanapon, tak salah kalau buat cupcake atas nama Iman. This is my 2nd attempt buat buttercream. This is inspired by Nicko from Nicko's kitchen on his Thinkerbell cupcake theme.

Using normal buttercream resipe and cake using rinnchan's, the one that I did previously, I'm satisfied with the result. Walaupon comot, tak pe lah. Hehehe..

Thursday, September 10, 2009

Pancake


Gebu dan gumuks. Pelbagai resepi buat pancake. Ada yang suka asingkan telur putih dan kuning telur. Macam-macam cara. Tapi yang paling penting, asingkan bahan kering dari bahan2 lain. InsyaAllah, menjadi la pancake tu. Ini salah satu versi yang menjadi bila saya buat :p

A
1 1/2 cups of flour
3/4 tsp salt
2 tsp baking powder

B
2 tbsp sugar
2 large eggs
1 1/4 cups milk
3 tbsp melted butter or vegetable oil

How-to

  • Mix dry ingredient in bowl A. Mix well using whisk, stir to make it fully incorporated into each other. Break up any lumps.
  • Add milk into the egg bowl, melted butter/oil. Mix well.
  • Make a hole a dry ingredient bowl and fold in the beated egg, milk and butter/oil.
  • Scoop batter on hot frying pan. Masak la sampai masak :p

Thursday, August 20, 2009

Fresh tofu with mango puree

Pertama kali memperkenalkan tauhu atau tofu kepada Iman. Tauhu tu kena kukus dulu bagi masak dulu. Untuk bagi lebih menarik, I've combined with mango puree. Kebetulan ada mangga yang sedap dalam peti ais.

Tofu is low in calories, contains large amount of iron and little fat. It also high in calcium and/or magnesium.

Bahan-bahan
Fresh tofu
Mango
Water or milk (to use when blending the mango)
Steamer

how-to
  • Wash and cut tofu into cube shape.
  • Prepare the steamer and steam the tofu. Set aside.
  • Peel and deseed mango. Prepare the blender. Put mango into blender and pour some water. Blend.
  • Serve tofu with the puree. Sedapnye.

Sunday, July 26, 2009

Kek cawan vanila


Sekarang ni, glamer betul kek cawan. Kek dalam cawan yang takde rupa cawan. Saya mencari-cari jugak resepi yang senang. Akhirnya jumpa kat fp rinnchan. Thank you rinnchan. Hasilnya tidak mengecewakan. Iman pon ada gak rasa sikit. Hehehe..

Kek Cawan Vanila

Bahan-bahan:
250gm mentega
180gm gula caster
4 biji telur
185gm tepung naik sendiri
60gm tepung gandum
185gm susu segar

how-to
  • Ayak kedua-dua tepung. Ketepikan.
  • Pukul butter dan gula sampai gebu.
  • Masukkan telur satu persatu.
  • Campurkan tepung dan susu secara berselang-seli.
  • Tuang adunan ke dalam acuan cupcakes dan bakar pada suhu 180'C.

Saturday, July 25, 2009

Kerabu perut


Husband suka makan perut. Jadi, bila ada kerabu dalam peti ais, maka, perut tu pon bertukar menjadi kerabu perut.

bahan-bahan
perut (dibersihkan dan direbus seketika)
taugeh (dibersihkan, dan dibuang ekornya)
kelapa parut
bawang merah (dimayang)
cili merah (dimayang)
gula, garam secukupnya

how-to
  • rebus perut sehingga masak
  • gaul sebati semua bahan

Sunday, July 12, 2009

Chicken mixed egg


Tak tau nak bagi nama apa. Chicken mixed egg lah kot. Senang je nak buat ni. Iman dah ada gigi dan dia pon dah pandai kunyah.

Chicken mixed egg
Boneless chicken breast
Telur
1 ulas bawang putih (mayang halus)
Sedikit olive oil untuk menumis

how-to
  • Potong ayam into small pieces. Rebus sehingga masak.
  • Tumis bawang putih. Masukkan ayam.
  • Masukkan telur dan kacau cepat-cepat.
  • Siap.

Friday, June 19, 2009

Chicken pie


Pertama kali cuba buat pie. Advantage bile buat sendiri adalah, kita dapat buat inti banyak2. Dalam this month, I have ordered chicken pie from friend's mom. Quite pricey. It drives me to make my own chicken pie. Hehe.

Resepi ni diambil dari myresepi. Godek-godek, jumpa 1 resepi. Result from this first trial, kena improvekan sedikit pastry :p

Chicken pie
Bahan-bahan
Pastry:
150 gram butter
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil gula
1 kuning telur
secubit garam

Inti:
1 biji bawang besar dicincang
1 cawan kentang yg dipotong dadu
1 cawan mix vegetable
Cendawan butang dihiris
2 keping dada ayam diptg kecil
minyak
1\2 cawan air.
1 sudu besar tepung jagung, campurkan dengan 2 sudu besar air
1 sudu besar gula & sos tiram
Garam dan lada sulah

How-to
Pastry:
  • Gaul semua bahan dengan tangan sehingga menjadi seperti breadcrumbs.
  • Masukkan sedikit air sejuk sehingga doh menjadi lembut.
Inti:
  • Goreng kentang sehingga berwarna keemasan. Ketepikan.
  • Panaskn 2 sudu minyak. Tumis bawang besar dan kemudian masukkan mix vegetable, cendawan, ayam dan kentang yangg telah digoreng tadi.
  • Jangan lupa masukkan air, sos tiram, gula, garam & lada sulah.
  • Akhir sekali masukkan tepung jagung supaya inti menjadi pekat.
Filling pastry with inti:
  • Sejukkan inti.
  • Roll out doh dan potong mengikut acuan pie.
  • Letakkan inti kedalamnya dan ditutup dgn kepingan doh.
  • Cucu atas pie dgn garfu dan disapu dgn kuning telur.
  • Bakar ke dlm oven 180'C @ 25-30 minit.
  • Lebihan doh boleh digunakan untuk menghias pie.

Bubur nasi with kentang & vege


Iman dah 8 bulan dan dah ada beberapa batang gigi. Memandangkan Iman dah ada banyak gigi, he doesn't want to take any makanan lembik. So, I didn't blend his bubur anymore.

Bahan-bahan:
Brown rice (you can use beras biasa)
Kentang
Bayam
Air secukupnya

How-to
  • Bersihkan kentang dan bayam.
  • Potong kentang dalam bentuk kiub.
  • Sediakan air secukupnya. Masukkan beras dan masak.
  • Masukkan kentang dan bayam. Masak sehingga masak. Uhh.. apekah itu? Hehe..

Monday, May 18, 2009

Friday, May 8, 2009

Baby bread pudding



Rasanya, baby bread pudding ni asalnya daripada puding roti biasa. Tapi mungkin sebab Kak Fida buat dalam papercup, tu pasal nama dia baby bread pudding. I think la.

Oleh kerana Iman baru 9 bulan, I have adjusted a bit of the recipe. Sesuaikan dengan umur Iman. Walau bagaimana pon, ini resepi asal.

Bahan-bahan
2 keping roti putih
2 sb tepung jagung
3 sb gula halus
100 ml susu cair
2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
1-2 titik esen vanilla
sedikit kismis (ikut selera masing2)

How-to
  • Roti potong dalam bentuk 4 segi.
  • Tepung, gula, susu, telur dan esen dikacau sebati.
  • Masukkan roti dan kismis ke dalam loyang.
  • Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap. Buat sehingga habis.
  • Bakar hingga masak kecoklatan. Set 180degree, bakar mula2 dalam 5-10min.
  • Biarkan puding roti seketika sebelum dipotong dan dihidangkan.

Saturday, April 25, 2009

Carrot puree

Friday, April 24, 2009

Apple and plum puree



Apple dan plum, satu kombinasi yang menarik. Sedap pon sedap. Iman suka, rasanya la. Hehehe. Iman suka makan plum. Tapi kena la kupas kulitnya. Bahaya kulit buah ni untuk budak-budak, takut tercekik.

Apple and plum puree
1 red apple
2 plum
Enough baby rice/bubur nasi
Enough milk (EBM atau FM)

How-to
  • Potong apple kepada 4 bahagian. Jangan dikupas kulit. Kukus sehingga lembut.
  • Potong plum kepada 2 bahagian. Jangan dikupas kulit. Rebus selama 2 minit.
  • Selepas apple dan plum dikukus dan direbus, sejukkan seketika.
  • Kupas kulit kedua-duanya. Potong apple dan plum dalam bentuk dadu.
  • Masukkan ke dalam blender/food processor. Masukkan bubur nasi dan susu secukupnya.
  • Kisar.
  • Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam freezer.

Sunday, July 20, 2008

Cheesecake


Cheesecake is always tempting. All-time favorite. Homemade is better. Extra cheese. Oh. Sedap. Tapi tak boleh selalu makan. Resepi ni dapat dari kelas memasak I attended back in April, when I was 3 months preggie. Resepi ini sangat tahan lama. It can last for 1 month in fridge. It's worth for me to bake one.

Bahan-bahan
250gm digestive biscuits (crushed)
120gm butter (melted)

500gm cream cheese
100gm caster sugar
3 eggs
250gm whipping cream
2 tbsp cornstarch

Topping
150gm plain flour
40gm caster sugar
75gm butter

how-to
  • To make base. Combine crushed biscuits and butter, press in the bottom of the cake tin. Simple aje. Dah siap base.
  • Beat cream cheese, sugar and corn starch until soft and smooth. Add in eggs, one at a time, beating well after each addition. Stir in whipping cream and mix well. Pour in cheese mixture in the cake in.
  • To make topping. Combine flour and sugar and rub in butter with fingers until resembles breadcrumbs. Sprinkle over the cheese mixture.
  • Bake in preheated oven at 150'C for 1 hour. Cool completely and refrigerate.
Enjoy!

Tuesday, June 17, 2008

Butter cookies


Di suatu hari, tetiba rasa nak buat biskut. Butter cookies. Sedap tu. So, cari-cari dalam Internet. Macam biasa, refer kat fp mama FaMi. Ada resepinya. Thank you kak. Dan ini lah hasilnya. Senang. Lembut dan sedap.

BUTTER COOKIES

Bahan
135 gm butter
60 gm gula kastor
150gm tepung gandum
30 gm tepung jagung

Cara
  • Pukul butter dan gula sehinga sebati.
  • Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
  • Masukkan adunan dalam piping bag yang sesuai dan pamkan dalam papercup.
  • Bakar pada suhu 170'C selama 18 -20 minit.
  • Sejukkan. Hiaskan dengan coklat.
  • Simpankan dalam bekas kedap udara.