Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Friday, May 28, 2010

Menu di public holiday

Semalam ke pasar malam. Beli sedikit ikan, sotong, bawang dan petola. Dalam fridge, masih ada beberapa ketul daging batang pinang yang dibeli di pasar malam Puncak Alam, 2 minggu lalu. Still in good condition.

Dan, ini lah hasilnya.

Petola masak lemak putih. Biasanya, petola saya buat masak sup telur. Tapi kali ni, try buat masak lemak. First time buat. Guna santan kotak aje :) 1 small box of instant coconut milk. Thanks to lizacomel from myresepi. The full recipe is here.


Sementara tunggu petola masak lemak putih mendidih, saya siapkan daging masak kicap. It's different from other resepi masak kicap yang saya pernah jumpa. Ini versi kesukaan kami adik-beradik, and it's my mom's original recipe. Meat is boiled with ginger and onion. Later on, pour some milk and kicap lemak manis. Itu aje. Simple. Daging boleh ditukar kepada ayam, and it tastes very delicious for me.



Akhir sekali, sotong goreng tepung. I browse for recipe to make it more crispy. And I found it here at Sweet Lily kitchen, owned by Nina. Normally i only use plain flour, but this time, I add cornflour and soda bicarbonate. Using white egg left from husband's telur ayam kampung, add a little bit white pepper; it turn a good result. Crispy and delicious.



Cut some watermelon and make fruit punch drink, Alhamdulillah, habis :)

Wednesday, March 3, 2010

Prawn in the vege


Hmm... sesungguhnya, I don't know how make variety of vege dish. Asyik dok ulang yg sama. Carrot, broccoli, bunga kobis. Nak mixed warna-warna sayur. Ada oren, hijau. Untuk kali ni, the green color came from bayam. Err.. ke sawi? Hmmm.. confession = tak tahu nak bezakan sayur2 berdaun yang warna hijau.

Bahan-bahan
Bawang putih
Carrot
Bayam/Sawi
Bunga kubis
Udang
White pepper
Sedikit sos tiram
Gula/garam
Air secukupnya

* potong semua sayur.
* mayang/tumbuk bawang putih

Cara-cara
  • Tumis bawang putih. Masukkan sedikit white pepper. Kacau hingga wangi.
  • Masukkan udang dan kacau seketika.
  • Masukkan air, sayur dan sos tiram. Kacau.
  • Perasakan dengan gula & garam.
  • Siap.

Sunday, December 20, 2009

egg tofu soup


Minggu lepas, Husband ada meluahkan hasrat mahu makan sup tauhu. Pening gak nak buat sebab:
  1. Tauhu ada beberapa jenis. Yang 4 segi, yang warna kuning, yang bentuk silinder.
  2. Saya tak makan tauhu hehehehe
Setelah bertanyakan kakak office, akhirnya saya berjaya menemui resepi kat myresepi. Terima kasih ummiktn sebab share resepi yang sedap ni.

Iman pon tumpang sekaki gak ni. Buat bekal untuk Iman esok harinya :p

bahan-bahan:
1 bungkus tauhu telur/egg tofu (ada yg panggil tauhu jepun, rasanya la)
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada sulah yg sudah tumbuk
1 sudu teh tepung jagung (bancuh dengan air)
air secukupnya
sayur kobis, carrot, brocoli
1 biji telur

Cara-cara:
  • Potong tauhu kepada beberapa potong ikut saiz yang disukai.
  • Goreng tauhu hingga kekuningan dan ketepikan.
  • Dalam periuk asing, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan air.
  • Masukkan sos tiram bersama lada sulah dan kacau sebati. Setelah menggelegak, masukkan tepung jagung dan telur. Kacau sebati lagi.
  • Masukkan sayur kecuali brocoli. Kacau sebentar.
  • Masukkan tauhu. Kacau lagi. Kemudian baru masukkan brocoli.
  • Perasakan dengan garam.
Nota kaki: kenapa brocoli masuk last sekali? sebab nak bagi dia rasa rangup sket :p