Showing posts with label sup. Show all posts
Showing posts with label sup. Show all posts

Saturday, March 6, 2010

Shark fin soup

last week kami ke pasaraya (CF, SubangJaya). Husband tanya, "Tau masak shark fin?". Jawapan "Taktau. Kalau nak makan, cari la resepi. Kita buat sama2".

Tengahari tadi husband tunjuk resepi kat internet yang dia jumpa. So, saya pon masuk dapur dan masak lah berdasarkan resepi yang telah disalin ke dalam notebook saya.


Bahan-bahan
Ayam bersama tulang dan isi ayam
1 sudu besar stok ayam Maggi
1 biji telur - dipukul
1 sudu tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Gula, garam
Japanese shark fin
Air untuk merebus

Cara-cara
  1. Rebus ayam bersama tulang selama 30 minit
  2. Masukkan stok ayam dan isi ayam. Biarkan seketika.
  3. Masukkan telur yang telah dibancuh. Kacau supaya tidak berketul.
  4. Masukkan gula dan garam.
  5. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung. Ikut kepekatan yang disukai.
  6. Akhir sekali, masukkan shark fin. Kacau seketika.
  7. Siap.


Sunday, December 20, 2009

egg tofu soup


Minggu lepas, Husband ada meluahkan hasrat mahu makan sup tauhu. Pening gak nak buat sebab:
  1. Tauhu ada beberapa jenis. Yang 4 segi, yang warna kuning, yang bentuk silinder.
  2. Saya tak makan tauhu hehehehe
Setelah bertanyakan kakak office, akhirnya saya berjaya menemui resepi kat myresepi. Terima kasih ummiktn sebab share resepi yang sedap ni.

Iman pon tumpang sekaki gak ni. Buat bekal untuk Iman esok harinya :p

bahan-bahan:
1 bungkus tauhu telur/egg tofu (ada yg panggil tauhu jepun, rasanya la)
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada sulah yg sudah tumbuk
1 sudu teh tepung jagung (bancuh dengan air)
air secukupnya
sayur kobis, carrot, brocoli
1 biji telur

Cara-cara:
  • Potong tauhu kepada beberapa potong ikut saiz yang disukai.
  • Goreng tauhu hingga kekuningan dan ketepikan.
  • Dalam periuk asing, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan air.
  • Masukkan sos tiram bersama lada sulah dan kacau sebati. Setelah menggelegak, masukkan tepung jagung dan telur. Kacau sebati lagi.
  • Masukkan sayur kecuali brocoli. Kacau sebentar.
  • Masukkan tauhu. Kacau lagi. Kemudian baru masukkan brocoli.
  • Perasakan dengan garam.
Nota kaki: kenapa brocoli masuk last sekali? sebab nak bagi dia rasa rangup sket :p